|
|
| Monday, 12-Jan-2009 16:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Israeli Boycott
|
|
I'm Mohamad Nor Shahiddan bin Mazlan announce, i'll keep boycotting Fotopages.com for ever!!
NOw, meet me in
http://syahiddmilikku.wordpress.com
Israel, Go To Hell!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-May-2008 01:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hijau
|
|
Doaku hijau bumi kita selamanya, membuat hati duka menjadi ceria, lara memutik gembira, gelap berkunjung cerah pawana, hiba bertukar cinta, dendam memasung setia,
sehidup semati bersama cinta Yang Esa.
Love you all,
Shahiddan Mazlan aka Syahiddmilikku.
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 03:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Experiment....
|
|
Huurrmmmmm...Besdayku semalam 4/4/08..heeheheh..alhamdulillah, sudah sampai masa saya melangkah kealam puluhan tahun..20 tahun, satu angka yang saya kira platform paling sesuai untuk berubah menjadi seorang yang lebih beretika dan mampu memberi kelebihan kepada diri sendiri, agama bangsa dan negara tercinta. Oh Allah, please keep me on your straight way, and let all my muslim relatives out there permenantly in your love..ameen.
Dedicated to my love parent who has been in difficulties for raised me up from my ibu's womb until the cholesterolssss was raised up in my stomoch right now..hehe...i love you ayah ibu!! May Allah provides you the greatest sits in heavenly paradise up there..muaahhhhhh.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 01:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Malaysia 2008
|
|
Assalamualaikum wth. Ampun maaf saya rafakkan kepada semua sahabat² maya fp yang telah mengunjungi fp bersawang saya beberapa kali tetapi hampa kerana tiada bahan baru yang saya ketengahkan. Tambah pula janji saya untuk menambah muat mengenai Hari Malaysia yang berlangsung pada Februari lalu masih kekal sebagai bahan artifak dalam komputer peribadi saya. Namun kini, saya ingin menebus kembali janji manis yang pernah saya lafazkan hampir sebulan lalu.
Buat pertama kalinya, hidup saya umpama dibadai garuda apabila sengaja 'mencari nahas' dengan menganjurkan Hari Malaysia 2008 dibawah kelolaan biro saya iaitu Biro Ekonomi Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dan dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi, Rabat. Sememangnya biro ini adalah ditugaskan untuk mendapatkan seberapa banyak sumber kewangan unutk persatuan pelajar kami di sini. Oleh itu saya nekad sebagai soldadu kamikaze untuk mendapatkan sumber kewangan dalam kuantiti yang besar. Idea ini telah dicadangkan oleh pengarah biro ekonomi persatuan yang lepas namun tidak dilaksanakan kerana faktor tertentu. Hasil sokongan pihak kedutaan, sahabat² seangkatan dan syarikat² Malaysia di Maghribi, saya cuba memacu koordinasi pihak penganjur sebagai pengarah dibantu oleh bekas pengarah biro yang lalu yang bertindak sebagai timbalan pengarah juga tangan kanan saya.
Setelah pasukan penganjur berhempas pulas memerah tenaga dan keringat, akhirnya berlangsunglah Hari Malaysia 2008 pada 19 dan 20 Februari 2008. Kali pertama didalam sejarah peribadi hidup saya sekali lagi tercatat apabila bergelar VIP . Tidak pernah saya igaukan dalam lena dan sedar untuk memegang title tersebut kerana menyedari tiada yang lebih bermakna dalam hidup seseorang muslim selain bergelar syahid di jalan agama. Antara kenamaan yang turut serta dalam majlis itu adalah Duta Besar Malaysia di Maghribi, Tuan Yang Terutama Osman bin Samin, Presiden Universiti Hasan II , Timbalan Dekan Fakulti Universiti Hasan II, Ketua Malaysian Student Department dari Kaherah, Mesir dan Pengarah Promosi Pendidikan Malaysia Timur Tengah dan Negara² Afrika, Dubai, Ustaz Shushilil Azam yang juga bekas mahasiswa Maghribi. Kesanggupan mereka untuk hadir adalah satu kepuasan yang tidak ternilai bagi saya. Berhadapan dengan mereka adalah laksana saya menghadap dunia. Diri saya rasakan sudah kecut ibarat belon yang kehabisan gas. Tongkat untuk saya berdiri adalah kerjasama dari pasukan saya.
Ketika Majlis Perasmian, unit protokol memberikan daya yang terbaik bagi mengawal majlis. Berhadapan dengan komuniti berbangsa Arab yang begitu jauh dari satu etika bergelar Potokol di dalam hidup mereka adalah satu-satunya cabaran terbesar. Namun, kawalan majlis yang tersusun melahirkan rasa puas hati TYT. Paluan gong sebesar kawah menanak nasi ketika kenduri kahwin didalam dewan sebagai alamat bermulanya Hari Malaysia mendapat tepukan gemuruh para hadirin yang berjumlah 500 orang. Hati saya tertancap rasa bangga dengan tanahair nun jauh disana. Tayangan video selepas itu juga membuka mata masyarakat Arab bahawa Malaysia adalah simbol kemakmuran dan kemegahan negara² OIC seluruh dunia.
Sepanjang Hari Malaysia diadakan, koleksi gambar² pemandangan, barisan perdana menteri Malaysia, dan simbol kemegahan negara dipamerkan. Namun, ada yang mengatakan KLCC terletak di negara pimpinan Pemimpin Durjana George W. Bush! Dan mengatakan kad pengenalan Malaysia iaitu MYkad adalah kad Mesin ATM semata²! Antara geram, kasihan dan lucu, kami terpaksa menerangkan semula fakta² pincang mereka:-D .
Antara pameran yang mendapat sambutan begitu menggalakkan adalah pameran pendidikan dan kraftangan. Tambah memeriahkan program ini adalah persembahan kebudayaan oleh pelajar Malaysia yang jelas mempamerkan unsur budaya masyarakat Malaysia seperti nasyid, zapin dan dikir barat. Juga diadakan perlawanan persahabatan antara pasukan malaysia dan pasukan bola sepak mahasiswa universiti.
Program ini amat bermakna bagi saya kerana misi dan visinya hampir 90% tercapai. Hati saya umpama tanah tandus yang dicurah hujan apabila diberitahu oleh bendahari kehormat membisikkan kepada saya bahawa Kementerian Pengajian Tinggi menyalurkan RM 20,000 untuk peruntukan program persatuan dan ditambah pula kewangan tajaan pejabat Promosi Pendidikan di Dubai sebanyak RM 30,000! Hati saya berbunga ibarat tulip tumbuh pada musim bunga pertengahan April. Usaha kami berbalas. Syukur saya melimpah di bawah Zat Yang Esa. Syukur Alhamdulillah. Lagu Syukur alunan kumpulan Raihan bergema di telinga saya
Tanpa disangka, program kami di situ diperhatikan oleh beberapa mata lain yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap program raksasa bagi persatuan kami yang kerdil ini. Seorang profesor ilmu sosiologi universiti tersebut menawarkan sebuah seminar untuk kami adakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar Arab yang lain bagaimana cara untuk menganjurkan sesuatu program. Kami terdiam:-D Kami juga ditawarkan untuk mengadakan Hari Malaysia kali kedua di Casablanca. Kami terdiam buat kali kedua. Program sebegini tidak semudah yang mereka fikir untuk dianjurkan. Saya biarkan mereka berkira² untuk program yang saya sendiri tidak selesaikan lagi
Sudah terlalu panjang saya coretkan disini. Cara apa lagi yang saya mampu luahkan kegembiraan hati saya jika tidak pada fp usang ini. Kerana hanya anda sahabat² saya yang masih setia melawat photoblog saya. Sebab itu saya sayangkan anda semua tidak kira perbatasan tanah berpijak, umur atau jarak hatta kita dipisahkan ribuan batu nautika. Hanya untuk sahabat² di Morocco, Jepun, Singapore, Jerman, New Zealand, Jordan, Tanah air Malaysia, Yemen, Makkah dan seluruh dunia. Ketahuilah, sebagai hamba abdi Allah, SAYA CINTAKAN ANDA!
| Quote: | My Dedication and Apreciation to:
My GOD, Allah SWT
My Beloved Ayah dan Ibu and my family
My Sahabats and Friends
Malaysia Embassy in Rabat
Malaysia Companies in Morocco
All the money and strengh supporters:-D
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Feb-2008 04:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coming soon..
|
|
| Quote: | Penyebab segala huru-hara hidupku:-D kekeke...nanti saya ceritakan kepada anda. Tunggu ye! |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jan-2008 02:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edited version
|
|
Assalamualaikum wth. Saya makhluk Allah yang hina lagi dina, Mohamad Nor Shahiddan bin Mazlan, ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang sudi menziarahi fp saya yang serba kekurangan ini kerana tidak dapat melayan dan membalas semula komen-komen anda semua. Ini kerana kepadatan dan ketiadaan masa yang sesuai untuk saya melayari web blog kegemaran saya ini dek peperiksaan akhir semester yang lalu selama sebulan yang lepas. Selepas ini, InsyaAllah, saya akan mula mengemaskini kan fp. Nantikan Winter Entry dari saya bersempena musim sejuk 2008 ini. Buat masa ini, gambar yang telah diedit yang mampu saya ketengahkan.
Terima kasih,
shahiddan mazlan @ syahiddmilikku
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Dec-2007 05:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mini Photostudio x_periment
|
|
Asslmkm wth
dah lama mengimpikan membuat mini white room,
tapi baru 2 minggu lepas terlaksana.
sasaran kali nih adalah water splash(x tau le nape
suka bebenor buat water splash nih)
Walaupun, beribu² lemen buat, akhirnya beberapa
capture sahaja yang agak memuaskan hati,
so ladies n gentlemen,
here they are! Any idea?
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya;-)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-Nov-2007 01:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Creative Designing First Try ; )
|
|
Entry kali nih lain sket, hikss..
Cuba bermain² dengan creative designing
sebelum ini pernah terlihat tutorial² di internet
yang menawarkan tutorial² sebegini,
keinginan mengatasi segalanya, right click
then open CS3, yupsss.. this is my first try
banyak kelemahan dan kekurangan,
biasalah, lukisan terindah kan bermula selepas titik hitam
Kubur itu adalah gelap gelita dan terangilah ia dengan sujud tahajjudmu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Nov-2007 17:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teatime
|
|
3 minggu lepas saya bersama another
2 malaysian student ameteur photographer
(Iskandar n Solihin) wat Teatime aka TT. Dan
tema yang telah kitorang persetujui 'Soccer Madness' .
Enjoy the moment ok!
Ingin sahaja aku menjadi
rumput yang dimakan kuda
kerana takutnya aku akan
azab neraka Allah s.wt
-Saidina Abu Bakr Assiddiq-
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 12:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
hai kuliah, kuliah..
nape lah banyak bebenor kuliah nih?
minggu depan pekse mid-sem plak tuh
aduihh..kitab tu dah berkurun x berusik
x pe, peluang hanya datang sekali
Ganbate ne!!!
water splash nih ilham tengah basuh pinggan,
tengok air tuh "melompat²" lawa plak,
ushar orang lain wat smart abess
empat belas ratus kali cuba buat
ni jelah hasilnya, terpaksa jua daku berpuas hati
Bahan² untuk menyediakan resipi "Water Splash" adalah seperti berikut aka Exif data:
-saya menggunakan ISO paling rendah iaitu ISO 80
-saya juga menggunakan exposure 1/80-1/120 s
-gunakan f4.0 - f5.6(itu dalam kamera saya la)
-gunakan focal length 200mm(pesanan penaja: kalo ada macro lens pasti lebih cute)
- Kemudian, halakan lampu bercahaya terus kedalam tempat fokus( saya guna baldi jer)
Lagi cun kalo ada cahaya matahari ala² sunray/suluhan cahaya matahari dalam air)
-dari segi angle, ikut creativity anda le nak amik dari sudut 45 darjah ke atau 30 darjah, kalo amik dari dalam air lawo gak Low angle lagi cun kot (ceewah cam pakar motivasi lak konon²nya daku nih..keskeskes )
-tang air tuh, gunakan air yang menitik agak sederhana kecil(x bessar sangat x kecik sangat sebab nak wat dia splash gitu) Saya gunakan air yang menitik dari paip bilik air rumah heheheh.....
-akhir sekali adunkan semua bahan untuk dicapture, selamat mencuba puan² di rumah...kekekekekeke
|
|
|
|
|